Karnival Sumud Nusantara & Malam Himpunan Selawat – Malaysiaku Bersama Gaza
24 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini23 Ogos 2025, Sabtu - Petugas NADI Putrajaya telah dijemput untuk mempamerkan reruai NADI sempena Karnival Sumud Nusantara bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pembukaan reruai ini merupakan sebahagian daripada pengisian karnival yang dianjurkan oleh MAPIM Malaysia dan Cinta Gaza Malaysia, dengan kerjasama rakan strategik seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), JAKIM, MyAqsaDefender dan Zus Coffee.
Karnival ini telah diadakan selama tiga hari, bermula pada 22 Ogos 2025 dan berakhir dengan acara kemuncak iaitu Malam Himpunan & Selawat – Malaysiaku Bersama Gaza pada 24 Ogos 2025 (Ahad). Majlis kemuncak tersebut dimulakan dengan Solat Maghrib dan Hajat Perdana secara berjemaah, diikuti dengan Majlis Selawat dan Qasidah bersama Kumpulan Azzahir serta Syarahan Perdana oleh YAB Perdana Menteri Malaysia selaku penaung Sumud Nusantara.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh petugas NADI:
1. Pemberian informasi dan hebahan berkaitan fungsi serta peranan NADI
2. Saringan Kesihatan – Pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dan Body Mass Index (BMI)
Melalui penyertaan ini, NADI dapat memperkenalkan perkhidmatan kepada masyarakat umum, menyebarluaskan maklumat kesedaran kesihatan serta mempromosi inisiatif yang ditawarkan. Ia juga menjadi platform terbaik untuk mendekati pelbagai lapisan komuniti dalam suasana santai dan mesra keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: