PERTANDINGAN ESUKANXNADI (MLBB) MUSIM KETIGA PERINGKAT NADI PRESINT 16
17 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2025 (SABTU) - telah berlangsung satu perlawanan Esukan Mobile Legend Saringan Peringkat NADI Presint 16 bertempat di NADI Presint 16, Putrajaya. Acara ini melibatkan 4 pasukan yang terdiri daripada peserta seramai 40 orang. Pasukan yang mengambil bahagian adalah Terrafly (TRY), MySejahtera (MYS), Beyond Of Mystic (BOM) dan Black System (BSM). Pertandingan ini bertujuan untuk menetukan pemenang yang akan dijadikan wakil negeri bagi pertandingan yang akan datang.
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan kesihatan setiap peserta pada jam 9 pagi hingga jam 9.45 pagi .Kemudian Peserta telah ditayangkan sesi kesedaran NADI X Esukan Awareness dengan tajuk Keselamatan Siber Perlindungan Data.
Perlawanan dimulakan tepat pada jam 11.00 pagi dengan pusingan pertama di mana pasukan-pasukan bertanding dalam format best-of-one. Pada perlawanan pertama, BOM berjaya menewaskan Mysejahtera dengan prestasi yang cemerlang. Seterusnya, TRY berjaya mengalahkan BSM, manakala .
Memasuki pusingan kedua, perlawanan menjadi semakin kompetitif. Pasukan BOM meneruskan momentum kemenangan mereka dengan mengalahkan BSM. Dalam perlawanan lain, TRY berjaya menundukkan MYS, menunjukkan prestasi yang mantap dalam setiap perlawanan yang mereka sertai.Pada pusingan ketiga, perlawanan semakin mendebarkan. Team TRY Berjaya menobatkan diri sebagai juara apabila telah mengalahkan BOM. manakala BSM telah mengalahkan MYS dan melayakan mereka untuk mendapat tempat ketiga
Dengan keputusan ini, pasukan Terrafly(TRY) telah berjaya muncul sebagai juara dan akan mewakili Presint 16 dalam peringkat negeri MLBB Musim 3 X NADI yang akan datang. Kejayaan Terrafly ini menunjukkan kesungguhan mereka dalam setiap perlawanan dan menjanjikan harapan tinggi untuk mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Acara ini telah berjalan dengan lancar, dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pasukan amat mengagumkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Terrafly sebagai pemenang dan semua pasukan yang telah bertanding. Diharapkan mereka akan terus memberikan yang terbaik dalam pertandingan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: