Simposium Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) Mengenai Transformasi Keselamatan Tahun 2025: "AI For KDN, KDN For AI"
13 November 2025 | Aktiviti Terkini12 November 2025 (Rabu) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Simposium Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) Mengenai Transformasi Keselamatan Tahun 2025: "AI FOR KDN, KDN FOR AI". Simposium ini telah dihadiri dan perasmian penutup oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Objektif simposium adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran sektor keselamatan ke arah integrasi dan adaptasi AI secara maksimum bagi mewujudkan ekosistem AI untuk Keselamatan Negara. Simposium ini turut melibatkan kolaborasi strategik bersama Kementerian, Agensi, Universiti Awam, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pengamal industri dengan peserta seramai 1000 orang. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjemput Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), MCMC untuk menyertai pameran reruai di dalam Simposium AI KDN ini melalui perkongsian perkhidmatan/produk digital yang bercirikan AI. Antara aktiviti di reruai NADI adalah pendaftaran ahli NADI, penerangan mengenai lima perkhidmatan pintar NADI seperti Kursus Tiny Techies untuk pelajar sekolah rendah iaitu sumo robotik, Kursus Mahir Pertanian Pintar, Saringan Jantung AI, Kursus Cybersecurity, AI untuk Rakyat dan pendaftaran Mydigital ID.
NADI Putrajaya (Presint 16, Presint 18, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10) telah turut serta sebagai pempamer reruai. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: