dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai PI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

PERTANDINGAN ESUKAN X NADI (MLBB) MUSIM KETIGA PERINGKAT WILAYAH

26 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

25 OKTOBER 2025 (SABTU) - Telah berlangsung perlawanan e-Sukan Saringan Peringkat Wilayah telah diadakan bertempat di NADI Presint 16, Putrajaya. Acara ini dilakukan secara virtual menggunakan aplikasi discord yang telah disediakan oleh pihak pengurus NADI e-Sukan. 29 pasukan terlibat dalam meraih tempat untuk mewakili ke peringkat kebangsaan.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan kesihatan setiap peserta pada jam 9 pagi hingga jam 9.45 pagi .Kemudian diteruskan dengan persediaan wakil peserta bersama marshal dalam memilih undian. Pasukan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap wakil pasukan akan berentap antara kumpulan yang ditetapkan mengikut format point mata terkumpul yang tertinggi dan hanya 2 pasukan daripada setiap kumpulan yang akan layak mara ke peringkat kebangsaan.

Perlawanan dimulakan pada jam 10.30 pagi bertemu wakil kumpulan daripada NADI PPR Jelatek dan peroleh kemenangan pertama. Dan perlawanan kedua bertemu kumpulan wakil NADI PPR Muhibah dan peroleh kemenangan kedua. Seterusnya dengan kekalahan pertama menentang PPR Pekan Kepong pada pusingan ketiga. Pada pusingan keempat sehingga pusingan keenam wakil kumpulan NADI Presint 16 telah membolot kemenangan bagi ketiga-tiga perlawanan yang menentang NADI PPR Seri Semarak, NADI Presint 9 Fasa 10 dan NADI Pangsapuri Sungai Udang sekaligus telah layak ke peringkat kebangsaan yang mengumpul sebanyak 5:6 mata secara kesuluruhan.

Acara pertandingan diakhiri pada jam 4.30 petang seterusnya peserta melakukan aktiviti Webinar e-Sukan bertajuk Visual Storytelling – From Idea to Pitch menggunakan sistem LMS NADI e-Seukan dan seterusnya aktiviti Webinar Sheild bertajuk Gajet, Kita Dikawal @ Mengawal dibawah teras NADI x Kesedaran. Program ini berakhir pada jam 5.30 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.