dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai PI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

SAMBUTAN PROGRAM KHAS SEMPENA HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI PRESINT 16

8 September 2025 | Aktiviti Terkini

7 September 2025, Ahad – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Presint 16 telah menjalankan Sambutan Program Khas Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia @ NADI bermula pada 9.00 pagi -2.00 petang. Seramai 50 orang pengunjung yang menghadiri program ini yang dikalangannya adalah golongan kanak-kanak dan ibu bapa. Objektif program ini dilaksanakan adalah:
1. YB Menteri Komunikasi telah mencadangkan agar pusat NADI turut menyertai sambutan ini dengan aktiviti khas bersama komuniti.
2. Mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat.
3. Menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.

Terdapat pelbagai aktivi menarik yang dilaksanakan antaranya Pertandingan Pulut Berhias, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Beragam, Cabutan Bertuah, Pendaftaran MyDigital ID dan Pendafatran Ahli NADI Percuma.

Program bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 10 pagi dengan pendaftaran kehadiran peserta-peserta pertandingan, pendaftaran ahli NADI dan pendaftaran MyDigital ID.

Kemudian program diteruskan dengan pertunjukan pakaian beragam oleh peserta yang terlibat. Seramai 8 orang peserta yang menyertai pertandingan ini yang merangkumi pemakaian pakaian beragam bertemakan kemerdekaan. Sesi pertandingan ini tamat pada jam 10:30 pagi dan diteruskan pula dengan sesi cabutan bertuah sesi pertama.

Seterusnya pada jam 11 pagi program diteruskan lagi dengan sesi pertandingan mewarna bagi kategori sekolah rendah seramai 10 orang penyertaan bagi kategori ini. Masa yang diberikan untuk mewarna adalah selama 40 minit. Selepas itu, cabutan bertuah bagi sesi kedua dilangsungkan sehingga jam 12 tengah hari. Pada jam 12 tengah hari pula bermula pertandingan yang ketiga iaitu pertandingan pulut berhias bertemakan kemerdekaan yang disertai oleh 2 orang peserta dan peserta perlu membawa dari rumah bahan seperti pulut siap di masak dan bahan dekorasi sendiri semasa pertandingan. Masa menghias diberikan adalah selama 30 minit sahaja.

Program diteruskan pula dengan sesi live bersama YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada jam 12:30 tengah hari sehingga jam 1 petang. Pada jam 1 petang program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi 3 kategori pertandingan dan diikuti dengan sesi cabutan bertuah yang ketiga. Program ini berakhir pada jam 2 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.