KARNIVAL KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
12 September 2025 | Aktiviti Terkini11 September 2025 (Khamis) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Program ini telah menghimpunkan seramai 107 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari Selangor dan Kuala Lumpur.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, yang menekankan kepentingan mendidik generasi muda mengenai keselamatan siber sejak di bangku sekolah.
Program dimulakan dengan pengenalan KIS serta nyanyian lagu rasmi kempen, diikuti pelbagai aktiviti interaktif. Bagi aktiviti utama stesen modul, penyertaan hanya melibatkan murid yang dilantik sebagai Ikon Kapten Keselamatan Dalam Talian (Kapten K-DAT) dengan bantuan petugas NADI dalam melaksanakan modul. Antara modul yang diketengahkan termasuk Buli Siber, Penyantunan Dalam Talian, Scam, Maklumat Palsu dan lain-lain topik berkaitan keselamatan digital.
Selain itu, NADI turut memainkan peranan dalam pengurusan pembukaan reruai dan membantu kelancaran majlis, di samping pameran interaktif serta persembahan koir lagu KIS. Program ini turut diserikan dengan pelantikan rasmi Ikon Kapten K-DAT.
Karnival yang berlangsung penuh meriah ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama murid, guru serta tetamu jemputan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: