Grand Final Capture The Flag (CTF) 2025
27 September 2025 | Aktiviti Terkini24 – 26 September 2025, (Rabu-Jumaat) – Telah berlangsung Peringkat Kebangsaan Capture The Flag (CTF) 2025 di Hotel Mercure Putrajaya selama 3 hari. Acara ini merupakan kemuncak kepada siri pertandingan keselamatan siber di bawah inisiatif NADI x Cybersecurity, yang melibatkan pasukan-pasukan terbaik dari lima zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sentral dan Zon Borneo. Pasukan yang bertanding telah melalui bengkel intensif selama lima (5) bulan dan berjaya mara dari Pusingan Kelayakan pada 28 Jun 2025.
Salah seorang peserta daripada NADI Presint 16 telah tersenarai bagi peringkat akhir yang dibawah kumpulan Zon Sentral & Borneo B. Perlawanan pada tarikh 25 September 2025 bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang yang merangkumi 8 kumpulan mengikut zon masing-masing. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Capture The Flag (CTF) NADI Cybersecurity 2025 telah berlangsung pada malam tersebut, menandakan kemuncak pertandingan yang bermula sejak Januari lalu.
Program NADI Cybersecurity ini di bawah inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI – Teras Pembelajaran Sepanjang Hayat dan telah menarik lebih 600 penyertaan ahli NADI dari 12 negeri dan 27 finalis mara ke peringkat akhir.
Dalam perlawanan sengit ini, Juara daripada kumpulan Zon Sentral Borneo A telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM30,000, manakala Naib Juara daripada kumpulan Zon Sentral Borneo B menerima RM20,000 dan Tempat Ketiga daripada kumpulan Zon Selatan A yang membawa pulang RM10,000. Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Arif bin Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian cemerlang masing-masing.
Pertandingan CTF bukan sekadar cabaran, tetapi platform melatih generasi muda sebagai perintis benteng keselamatan siber negara. Menerusi program ini, NADI terus menyumbang kepada pembangunan bakat serta memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat dalam bidang keselamatan siber, seiring dengan perkembangan pesat IR 4.0.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: