Program Karnival Pendidikan Putrajaya 2025
28 September 2025 | Aktiviti Terkini27 September 2025 (Sabtu) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Persekutuan bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya telah menyertai Program Karnival Pendidikan Putrajaya 2025 yang berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Presint 3, Putrajaya. Program ini melibatkan penyertaan sebanyak 26 buah sekolah rendah dan menengah dari sekitar Putrajaya.
Dalam program ini, petugas NADI Putrajaya - Puan Haryati Binti Sedali, telah berpeluang menyampaikan Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) kepada para pengunjung yang hadir. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar dan ibu bapa, dengan memberi pendedahan mengenai had umur media sosial, ancaman siber seperti penipuan dalam talian (scam) dan buli siber. Selain itu, ia turut menggalakkan amalan beretika dalam berkomunikasi, berkongsi maklumat, serta menghindari penyebaran berita palsu (fake news), fitnah, dan kandungan yang tidak sesuai.
Pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai Kempen Internet Selamat (KIS) yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif seperti:
- Kuiz keselamatan siber
- Pendaftaran keahlian NADI
- Pendaftaran MyDigital ID
Selain itu, poster Kempen Internet Selamat turut diedarkan kepada para pengunjung sebagai usaha memperluas capaian mesej dan mendidik komuniti mengenai kepentingan keselamatan dalam talian. Penyertaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama NADI Putrajaya dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyebarluaskan maklumat digital serta memperkasa masyarakat ke arah celik digital yang bertanggungjawab dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: