dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN PANEL PENASIHAT NADI (PPN)

12 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

12 Januari 2026 (Isnin) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi Taklimat Pelaksanaan Panel Penasihat NADI (PPN) bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi

Panel Penasihat NADI telah diwujudkan sebagai badan sokongan kepada semua NADI di peringkat kluster Parlimen. Tujuan penubuhan Panel Penasihat ini adalah untuk membantu memperkukuh pelaksanaan dan fungsi NADI sebagai pusat pemerkasaan komuniti serta saluran penyampaian maklumat yang sahih dan berimpak kepada rakyat. Panel Penasihat NADI berperanan memberi pandangan strategik, nasihat serta menyokong pelaksanaan program dan inisiatif NADI di peringkat komuniti, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara NADI, agensi kerajaan, komuniti setempat dan pihak berkepentingan lain mengikut kluster Parlimen masing-masing.

Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI adalah melalui Kementerian Komunikasi (Pejabat YB Menteri). Pengerusi Panel Penasihat yang dilantik akan diberikan taklimat berkenaan peranan dan Terma Rujukan Panel Penasihat, dan seterusnya bertanggungjawab untuk melantik ahli jawatankuasa serta urus setia, seperti yang ditetapkan di dalam Terma Rujukan.

Sehubungan dengan itu, Pengurus NADI Presint 18, Puan Haryati, telah dilantik sebagai urusetia panel penasihat NADI bagi Parlimen Putrajaya. Semoga dengan inisiatif baharu ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan penyelarasan program, memperkukuh kerjasama strategik, serta memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.