dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Bengkel Pemasaran Internet Secara Intensif 2017

28 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

PUTRAJAYA, 27 Mac 2017 – Pusat Internet Presint 16 dengan kerjasama Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menganjurkan Kelas Usahawan yang bertajuk Bengkel Pemasaran Internet Secara Intensif 2017. En Fadzil yang merupakan salah seorang usahawan online yang berjaya telah dijemput untuk menjadi pengajar pada hari tersebut.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta mengajar usahawan baru mengenai cara pemasaran online yang berkesan. Kelas telah berlangsung selama 1 hari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan seramai 15 orang usahawan telah mengikuti program ini.

Bengkel ini berlangsung di Bilik latihan PI Presint 9 Fasa 3. Berikut adalah ilmu usahawan yang telah diperolehi oleh peserta bengkel :-
• Pengenalan setup fb page, fb ads dan Instagram
• Pemilihan produk dan teknik pemasaran
• Teknik pos dan copywriting
• Teknik mengembangkan biz (dropship, agent dan stokis)
• Branding

Melalui perkongsian ilmu ini ia sedikit sebanyak mampu memberi pengetahuan baru kepada usahwan yang hadir. Rata-rata peserta yang datang merasa gembira kerana dapat menyertai kelas ini dan berharap Pusat Internet menganjurkan lebih banyak program yang memberi penekanan kepada para usahawan online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.