Kelas Google – Keselamatan Internet (Kata Laluan)
11 September 2018 | Aktiviti Terkini10 september 2018, Isnin – Kelas google keselamatan internet telah dijalankan oleh pengurus PI Presint 16, tujuan kelas ini adalah untuk menerangkan kepada pelajar mengenai keselamatan internet dan kepentingan untuk mempunyai kata laluan yang kukuh. Melalui kelas ini pelajar boleh membina kata laluan baru yang lebih kukuh dan berbeza bagi semua akaun yang dimiliki.
Selain itu, pelajar juga turut mencuba permainan google interland yang membolehkan pelajar untuk belajar sambil bermain mengenai kepentingan kata laluan. Bagi aktiviti sampingan pula pelajar didedahkan dengan kuiz kahoot mengenai klik dengan bijak dan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: