Kelas Bakeri Komuniti Bersama Giatmara Putrajaya
13 November 2021 | Aktiviti Terkini12 November 2021, Jumaat – Seramai 14 peserta termasuk staf dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menyertai Kelas Bakeri Komuniti Bersama Giatmara Putrajaya. Program ini telah berlangsung pada 12 November 2021 bermula jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari.
Wakil daripada pihak Giatmara iaitu Puan Nur Shafiqah Binti Shafian sebagai tenaga pengajar telah berkongsi resepi dan cara-cara membuat Kek Coklat Puding Caramel Kukus secara langsung. Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), kelas ini telah berlangsung secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Peserta juga telah diberi resepi secara bertulis supaya boleh mencuba untuk membuat kek tersebut di tempat masing-masing. Turut terlibat dalam sesi kelas bakeri ini puan Rahimah Binti Mohd Abd Mubin selaku Pengurus Giatmara Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: