Kursus Mobile Apps Development
14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini13 Disember 2021, Isnin – Pada 13 Disember 2021 (Isnin) telah berlangsung kursus khas bagi kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkumi PEDi daripada Presint 9 Fasa 10, Presint 9 Fasa 3, Presint 16, Presint 18 dan PEDi Linggi yang dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Kursus ini berlangsung selama 8 Jam bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Yes Academy iaitu Encik Ariffudin Bin Othman.
Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan diri oleh tenaga pengajar iaitu En. Ariffudin Bin Othman. Seterusnya sesi pengajaran berlangsung merangkumi beberapa topik dan kakitangan PEDi juga diberi tugasan untuk membina landing page. Latihan ini merupakan kursus wajib yang diadakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan PEDi agar dapat membantu usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PEDi dan komuniti setempat. Melalui kursus ini kakitangan-kakitangan PEDi dapat mempelajari cara-cara membina landing page dan cara-cara menghasilkan applikasi telefon pintar yang dapat digunakan untuk perniagaan khusus untuk usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: