dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Taklimat SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bersama Usahawan Komuniti PIK Wilayah Persekutuan

28 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

27 Oktober 2021, Rabu – Seramai 209 peserta termasuk staf dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menyertai Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara atas talian menggunakan Microsoft Team yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Program ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) untuk golongan B40 dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.

Wakil dari pihak SSM iaitu Puan Azihan Ahmad selaku Ketua Unit Pemasaran, Seksyen Pembangunan Perniagaan Bahagian Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan. Usahawan PIK Wilayah Persekutuan diberi taklimat berdasarkan topik-topik seperti berikut :
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online

Program ini diadakan pada 27 Oktober 2021, Rabu yang lalu bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi taklimat ini untuk memudahkan usahawan PIK untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lesen perniagaan dan penamatan lesen perniagaan yang disediakan didalam laman sesawang SSM di Pusat Internet Komuniti terdekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.