dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

MYNIC Public Training

11 November 2022 | Aktiviti Terkini

10 November 2022, Khamis – Semua Staf PEDi Presint 16 termasuk Rakan Digital PEDi telah mengikuti Taklimat Program Affiliate MYNIC Public Training. Turut Disertai oleh staf PEDi di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program ini telah diadakan secara atas talian menggunakan “Microsoft Zoom”. Moderator untuk program ini ialah Puan Nurizyan dari MYNIC. Taklimat telah diberikan oleh Tuan Md Fariz Ahmad Sanusi selaku Ketua Pegawai Pemasaran MYNIC.

Program ini khususnya adalah mengenai pengenalan MYNIC dan peranan MYNIC dalam Inisiatif Pendigitalan Negara. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk menggalakkan staf PEDi untuk menjadi Rakan Affiliate (RA) MYNIC bagi mempromosikan program MYNIC Public Training kepada Usahawan PEDi di seluruh Malaysia.

Program ini Bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari selama 1 jam 30 minit. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para peserta mengenai MYNIC Public Training

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.