Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training Day 1
14 April 2022 | Aktiviti Terkini13 April 2022, Rabu – Pihak pengurusan Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus secara atas talian bertajuk Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian melalui applikasi Microsoft Team. Kursus ini telah dihadiri oleh 9 staf iaitu pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.
Antara Objektif Kursus ini adalah:
1. Membolehkan peserta berkomunikasi dengan baik.
2. Mengaplikasikan strategi dalam rangkaian yang bermatlamat.
3. Bertukar idea dan informasi bersama individu dan berkumpulan untuk kebaikan bersama.
4. Menghasilkan pembentangan dengan baik yang maksimum.
5. Menyampaikan pembentangan yang memberi impak yang tinggi yang menepati objektif dan membawa hasil.
Semasa sesi kursus berlangsung staf-staf PEDi melakukan ujian Memahami Personaliti Melalui Perangai dan berbincang bersama impak ujian ini dalam komunikasi Kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi sehari, sesi pertama bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 2:00 sehingga 4:00 petang..
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd, pelbagai ilmu yang telah dikongsikan oleh beliau kepada staf-staf PEDi dengan harapan dapat diterapkan dan dipraktikkan kepada komuniti untuk program-program yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: