Tajuk Artikel : Kelas Bersama Giatmara Putrajaya - (Modul 2 Keusahawanan Pemasaran & Resume)
26 Februari 2022 | Aktiviti Terkini25 Februari 2022, Jumaat – Seramai 15 orang pelajar sesi kemasukan baharu daripada Giatmara Putrajaya telah menyertai Modul 2 Kelas Keusahawanan Pemasaran dan Resume yang telah berlangsung pada 25 Februari 2022 pada hari Jumaat bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. 2 orang tenaga pengajar daripada kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 18, Putrajaya iaitu Puan Haryati dan Puan Noranis telah berkongsikan ilmu yang berkaitan.
Rentetan daripada kenaikan kes Covid 19 yang semakin membimbangkan kelas ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Pada jam 10.00 pagi kelas ini dimulakan dengan sesi pembentangan slaid daripada Puan Haryati wakil daripada PEDi Presint 18 yang menerangkan berkenaan Topik Keusahawanan Pemasaran. Sesi pembentangan ini telah berlangsung sehingga jam 10.30 pagi.
Pada modul kali ini, petugas PEDi Presint 18 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai asas-asas keusahawanan dan pemasaran yang merangkumi 5 subtopik yang menjadi keutamaan sepanjang sesi ini berlangsung:
1. Pengenalan Kepada Asas-Asas Keusahawanan
2. Tips Untuk Memulakan Perniagaan
3. Pengenalan kepada Perniagaan atas talian
4. Pengenalan kepada proses pengeposan produk
5. Resume menggunakan ‘Canva’
Seterusnya, diadakan sesi soal jawab dimana peserta dapat bertanya secara langsung atau diruangan chat. Semasa sesi soal jawab juga memberi peluang pelajar bertanya apa yang tidak difahami.
Modul tambahan di kendalikan oleh Pn. Noranis, Penolong Pengurus PEDi Presint 18. Cara-cara membuat resume menggunakan laman sesawang ‘Canva’ yang berlangsung sehingga jam 11.30 pagi. Program ini telah disempurnakan dengan sesi tugasan setiap pelajar menyediakan resume masing-masing yang perlu dihantar ke email PEDi dan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: