dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Jamuan Hari Raya Tahun 2023 Komuniti Presint 16

21 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

20 Mei 2023, Sabtu – Warga komuniti di Presint 16, Putrajaya telah berkumpul bagi menghadiri jamuan hari raya yang dianjurkan oleh penduduk setempat. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menyambut Hari Raya oleh penduduk. Penduduk yang terlibat dalam program ini adalah penduduk dari blok A1, A2, A3, B1, B2 dan B3. Program telah diadakan di Perkarangan Dewan Kuarters Presint 16 bermula jam 11 Pagi – 2.00 Petang.

Bagi memeriahkan majlis lagi, penduduk di blok masing-masing menyedia dan membuka booth makanan untuk santapan tetamu yang hadir. Tambahan lagi, kami staf PEDi Presint 16 turut serta menyertai program ini bersama komuniti sekitar sebagai salah satu inisiatif menjalinkan ukhwah dengan masyarakat setempat dan mengambil peluang ini untuk bertemu usahawan setempat dan menjalankan advokasi Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.