Kelas Bersama Giatmara Putrajaya - Modul Video content & TikTok
14 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah menjalankan program bersama pelajar Giatmara untuk sesi 02/2023 untuk modul Content Creator & TikTok. Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar terdiri daripada 8 orang perempuan dan dua orang lelaki dan diiringi seorang tenaga pengajar dari Giatmara sendiri. Kelas ini berlangsung dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Melalui modul ini, pelajar diberi taklimat berkaitan tips dan teknik-teknik untuk menjadi sebagai content creator affiliate TikTok.
Pelajar diberikan tips bagaimana untuk menjadikan content yang dicipta menarik melalui tips yang diketengahkan iaitu tips ‘hook’ atau umpan penonton untuk kekal pada video kita dan membeli produk di video yang dicipta. Pelajar juga diberi tutorial bagaimana untuk rmendaftar sebagai affiliate Tiktok dengan menggunakan Tiktok Seller Centre. Melalui Tiktok seller centre itu, pelajar diarah untuk menghasilkan Video content produk dan memasukkan link produk kedalam video mereka. Dengan pendaftaran sebagai affiliate Tiktok ianya dapat menambahkan pendapatan pelajar. Di akhir kelas, pelajar perlu menunjukkan video content yang telah dimasukkan link di profile Tiktok mereka untuk kami menilai kreativiti dan kualiti video pelajar tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: