Program Saringan Kesihatan NADI Wellbeing NADI Presint 9 Fasa 10
15 Disember 2024 | Aktiviti Terkini14 Disember 2024 (Sabtu) – NADI Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Program Saringan Kesihatan Percuma untuk komuniti sekitar Putrajaya yang diadakan bertempat di Dewan Komuniti Fasa 10, Presint 9 Putrajaya. Program ini berlangsung selama 7 jam bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang yang turut dibantu oleh petugas-petugas NADI Putrajaya yang lain.
Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam penjagaan kesihatan melalui program saringan kesihatan secara percuma serta memperkenal dan mempromosi fungsi, perkhidmatan di NADI. Komuniti berpeluang mengikuti pemeriksaan kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, kolestrol, Body Mask Index (BMI), Body Fat Percentage (BFP) dan rundingan bersama doktor.
Turut diadakan aktiviti sampingan seperti senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan word search bertemakan NADI Safe dan Shield. Komuniti juga berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli NADI secara percuma dan mendaftar untuk mengikuti latihan/kursus yang ditawarkan di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: