Sesi Kelas Kesedaran Sesi 5 e-Sukan x NADI
5 Disember 2024 | Aktiviti Terkini4 DISEMBER 2024, RABU – Sesi Kelas Kesedaran Sesi 5 e-Sukan x NADI telah berlangsung pada 17 November 2024 pada hari ahad bermula jam 4.00 petang sehingga jam 5.00 petang bertempat di bilik latihan NADI Presint 16.
Sesi ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta pada jam 4.00 petang dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Encik Ismail selaku Penolong Pengurus NADI Presint 16 berkenaan penayangan Podcast daripada laman Youtube NADI x e-Sukan: Segmen e-Sukan - Episod 3: "Masa Depan e-Sukan dalam Pendidikan ".
Seterusnya para peserta diminta untuk menonton video Podcast tersebut melalui komputer masing-masing yang disediakan didalam bilik latihan NADI turut dibantu oleh petugas-petugas NADI bagi pemudahcara para peserta yang terlibat. Bagi sesi terakhir , peserta melakukan sesi saringan kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan dalam keadaan yang baik. Kelas Kesedaran e-Sukan sesi 5 ini tamat pada jam 5:00 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: