Program Kolaborasi Bersama KEMAS Kelas Memasak & Kelas ICT Untuk Kanak-Kanak
20 Februari 2024 | Aktiviti Terkini19 Februari 2024, Isnin – Program ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang bertempat di Pusat Komuniti Kospen, Blok A3 Presint 16. Staff daripada PEDi Presint 16 Puan Dahiyah mengambil peluang dengan mengadakan program kolaborasi bersama KEMAS Parlimen Putrajaya yang diketuai oleh Cikgu Ira selaku tenaga pengajar pada kali ini. Program ini adalah khusus diadakan kepada kanak-kanak bersempena cuti persekolahan 2023/2024. Seramai 24 orang peserta yang hadir ketika program ini berlangsung dan rata-ratanya berumur 7 tahun-12 tahun.
Kelas memasak yang diajar oleh Cikgu Ira adalah menu “Baby Pizza”. Sesi dimulakan dengan memberi penerangan tentang cara-cara membuat baby pizza kepada para peserta. Kemudian para peserta akan membuat sendiri baby pizza masing-masing dan menghiasnya. Setelah itu, baby pizza akan dimasukkan di dalam ketuhar selama 30-60 minit. Sementara menunggu baby pizza masak staff daripada PEDi mengambil kesempatan untuk meneruskan sesi kelas ICT bersama para peserta iaitu aktiviti mewarna dengan menggunakan tablet yang telah disediakan. Kelas ICT bermula pada jam 4.30 petang. Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan berkongsi satu peranti tablet setiap 2 ahli kumpulan.
Program tamat pada jam 5.30 petang dan telah disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang mewarna tercantik dan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: