dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Sesi Kelas Kesedaran Sesi 3 e-Sukan x NADI

3 November 2024 | Aktiviti Terkini

2 November 2024, Sabtu – Sesi Kelas Kesedaran Sesi 3 e-Sukan x NADI telah berlangsung pada 2 November 2024 pada hari sabtu bermula jam 5:00 petang sehingga jam 6:00 petang bertempat di bilik latihan NADI Presint 16.

Sesi kelas ini dihadiri oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan 11 orang lelaki yang berumur lingkungan sekitar 7 tahun sehingga 12 tahun. Sesi dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta pada jam 5:00 petang dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Encik Ismail selaku Penolong Pengurus NADI Presint 16 berkenaan penayangan Podcast daripada laman Youtube NADI x e-Sukan: Segmen e-Sukan - Episod 1: "e-Sukan Sebagai Peluang Kerjaya".

Seterusnya para peserta diminta untuk menonton video Podcast tersebut melalui komputer masing-masing yang disediakan didalam bilik latihan NADI turut dibantu oleh petugas-petugas NADI bagi pemudahcara para peserta yang terlibat. Bagi sesi terakhir Pengurus NADI Presint 16 Puan Dahiyah telah merangkumkan topik-topik yang dibicarakan di dalam Podcast tersebut agar para peserta lebih paham. Kelas Kesedaran e-Sukan sesi 3 ini tamat pada jam 6:00 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.