Pembukaan Reruai Mega Karnival 3 Dimensi (Mk3d) 2025
31 Julai 2025 | Aktiviti Terkini30 Julai 2025, Rabu - Pihak NADI telah dijemput oleh MCMC bersama dengan MRIC Healthcare dalam pembukaan reruai Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025, ekspo keusahawanan terbesar di Malaysia yang telah berlangsung meriah selama lima hari bertempat Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. MK3D menghimpunkan tiga acara mega di bawah satu platform iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI 2.0), dan Sambutan Hari Peneroka FELDA (HPF) di bawah tema “Desaku Mendunia”.
MK3D 2025 bukan sekadar medan promosi produk dan perkhidmatan luar bandar, malah menjadi platform strategik untuk meningkatkan akses pasaran, menarik pelaburan, serta memperkukuh jaringan antara usahawan, agensi kerajaan dan pembeli dari dalam serta luar negara.
Sepanjang MK3D 2025, pihak NADI telah menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran ahli , pemeriksaan asas Kesihatan yang dibantu oleh pihak MRIC, serta saringan kegagalan jantung oleh SSO. Operasi dijalankan dalam dua syif harian iaitu pagi (10.00 pagi – 4.00 petang) dan petang (4.00 petang – 10.00 malam), dengan empat petugas NADI setiap syif. Penyelarasan sepenuhnya dikendalikan oleh DUSP CelcomDigi melibatkan jadual tugas, kehadiran dan komunikasi melalui WhatsApp.
MK3D turut menampilkan pelbagai acara seperti Mini Karnival, Konsert Desaku Mendunia, seminar, pocket talk, masterclass, pertandingan serta aktiviti kebudayaan, kerohanian dan kesukanan. Majlis penutup dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Ogos 2025 (Sabtu).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: