dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai PI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

PERTANDINGAN ESUKANXNADI (MLBB) MUSIM KEDUA PERINGKAT WILAYAH

20 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2025 (SABTU) - telah berlangsung satu perlawanan Saringan Peringkat Wilayah telah diadakan bertempat di NADI Presint 16, Putrajaya. Acara ini dilakukan secara virtual menggunakan aplikasi discord yang telah disediakan oleh pihak pengurus NADI Esukan. 30 pasukan terlibat dalam meraih tempat untuk mewakili ke peringkat kebangsaan yang diawali dengan peringkat liga best of one dan diakhiri dengan peringkat akhir best of three.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan kesihatan setiap peserta pada jam 9 pagi hingga jam 9.45 pagi .Kemudian diteruskan dengan persediaan wakil peserta bersama marshal dalam memilih undian. Setiap wakil pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap wakil pasukan akan berentap antara kumpulan yang ditetapkan mengikut format point mata terkumpul yang tertinggi dan hanya 2 pasukan daripada setiap kumpulan yang akan layak mara ke peringkat akhir.

Perlawanan dimulakan dengan kekalahan pertama menentang PPR Sri Pantai pada pusingan pertama namun meraih kemenangan di pusingan kedua akibat peserta dari PPR Perumahan Awam Desa Rejang menarik diri daripada perlawanan. Seterusnya ,wakil kumpulan NADI Presint 16 terpaksa menerima kekalahan yang kedua di pusingan ketiga menentang PPR Beringin. Pada pusingan keempat wakil kumpulan NADI Presint 16 dikejutkan dengan kemenangan menentang PPR Muhibbah dan mendapat 1 mata terkumpul dan kemudian dilanjutkan ke pusingan kelima menentang PPR Intan Baiduri dan sekali lagi harus menerima kekalahan.

Sehubungan dengan itu, akibat kekalahan yang berturusan wakil kumpulan NADI Presint 16 mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan dan sekaligus tidak melayakan diri mereka untuk ke perlawanan seterusnya.Namun begitu, perkara ini tidak mematahkan semangat mereka malah memberikan pengalaman yang baru kepada mereka untuk memasang stratergi dan melakukan yang terbaik pada musim yang seterusnya. Acara pertandingan diakhiri pada jam 4.50 petang dengan melakukan aktiviti webinar menggunakan sistem LMS NADI ESUKAN.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.