dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai PI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Sesi Kelas Kesedaran NADI x E-Sukan Episod 5

25 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

24 Februari 2025 (ISNIN) – Sesi Kelas Kesedaran NADI x eSukan Episod 5 telah berlangsung bermula jam 5.00 petang sehingga jam 6.00 petang bertempat di bilik latihan NADI Presint 16.

Modul kali ini bertajuk Kepentingan Kesihatan dalam eSukan yang disampaikan oleh Dr Zatul, Pengasas Esports MedicA. Sesi ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta pada jam 5.00 petang yang dihadiri oleh 5 orang peserta rata-ratanya adalah pelajar sekolah rendah. Seterusnya diikuti dengan taklimat ringkas oleh Encik Ismail selaku Penolong Pengurus NADI Presint 16 berkenaan penayangan Podcast daripada laman Youtube NADI x e-Sukan.

Seterusnya para peserta diminta untuk menonton video Podcast tersebut melalui komputer masing-masing yang disediakan didalam bilik latihan NADI turut dibantu oleh petugas NADI bagi pemudahcara para peserta yang terlibat. Kelas ini tamat pada jam 6:00 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.