Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di SMK Presint 14 (1)
8 Mei 2025 | Aktiviti Terkini7 Mei 2025 Rabu – Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) telah diadakan di Dataran SMK Putrajaya Presint 14(1). Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan Penerangan Malaysia serta pihak sekolah.
Program dimulakan dengan penyampaian informasi berkaitan Kempen Keselamatan Dalam Talian yang disampaikan oleh Pn. Nur Dahiyah selaku pengurus NADI Presint 16 dan wakil MCMC. Antara perkara yang disampaikan adalah mengenai beberapa jenis penipuan siber yang semakin berleluasa, seperti Phishing Scam, Investment Scam, Job Scam, Online Shopping Scam, dan Romance Scam.
Dalam ceramah ini, Pn. Nur Dahiyah turut menekankan kepentingan menjaga keselamatan ketika menggunakan internet, dengan memperkenalkan konsep "SAFE". Beliau menjelaskan apabila berhadapan dengan penyebaran berita palsu ,semua pihak perlu merujuk kandungan yang meragukan melalui laman web sebenarnya.my bagi memastikan kesahihan sesuatu berita. Ceramah selama 10 minit itu ditamatkan dengan sesi kuiz interaktif.
Seterusnya program diserukan lagi dengan nyanyian lagu viral dan trending daripada host pentarama dan slot sembang santai yang diisi dengan penyampaian informasi mengenai dasar dan initiatif kerajaan dan juga berkaitan kenegaraan serta kuiz dan puzzle berkaitan kenegaraan. Program diteruskan lagi dengan nyanyian lagu patriotik dan pertunjukan fesyen ASEAN. Ditambah satu slot penyampaian informasi berkaitan Kepengerusian ASEAN dan kuiz kenegaraan serta penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.Sebelum bersurai , program ini ditamatkan dengan sesi bergambar bersama dan nyanyian lagu patriotik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: