dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Amanah Ikhtiar Malaysia

31 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Berita sepanjang bulan Jan, Feb dan Mac 2016

Pusat Internet Presint 16 telah bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi menjadikan PI Presint 16 sebagai Pusat Sahabat AIM. Pusat ini bertujuan untuk memberikan peluang usahawan terutamanya wanita yang ingin mendapatkan modal untuk perniagaan. Bermula 29 Julai 2015, 10 usahawan yang berminat menyertai Sahabat AIM berkumpul di PI Presint 16 dan membuat perjumpaan bersama pegawai AIM. Kini, di Pusat PI Presint 16 telah mempunyai seramai 35 orang Sahabat.

Sahabat AIM mengadakan perjumpaan setiap hari khamis setiap minggu bagi berkongsi perkembangan mengenai perniagaan dan juga perkongsian pandangan dan pendapat mengenai cara memajukan perniagaan mereka.

Pada Feb 2016, kumpulan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berpusat di Pusat Internet Presint 16 telah berkembang kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Ar-Raudhah 1 dan Ar-Raudhah 2. Kumpulan 1, mengadakan perjumpaan pada hari khamis seperti kebiasaan. Manakala kumpulan 2, mengadakan perjumpaan pada hari selasa dan kumpulan berkenaan semakin berkembang. Mereka juga merancang untuk mengadakan kelas untuk meningkatkan ilmu perniagaan mereka disini.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.